Anugerah paling glamor dan berprestij dalam industri hiburan tanah air, Anugerah Bintang Popular (ABPBH 2012) telah pun melabuhkan tirainya, malam tadi.
Tahniah kepada semua pemenang. Berlangsung selama dua jam di Stadium Bukit Jalil, anugerah yang memasuki tahun ke-26 ini terealisasi dengan lancar dan penuh meriah. Berikut antara momen-momen menarik yang MD kongsi sepanjang berlangsungnya anugerah ini:
- Ketika acara karpet merah sedang rancak berlangsung, tiba-tiba hujan turun selebat-lebatnya. Apa lagi? Lintang pukanglah baik para selebriti, jurukamera, petugas media serta peminat – semuanya mencari tempat berteduh.
- Seperti biasa, Didie Alias aka Lady Didie menjadi tumpuan ramai sejak di acara karpet merah lagi. Didie tampil dengan busana ‘paling kreatif’ sesuai dengan tema tahun ini, ‘ledakan geometri’.
- Sementara di dalam stadium – suasana gamat dengan sorakan peminat apabila pasangan kekasih sensasi, Zain Saidin dan Rozita Che Wan dilihst masuk ke dalam dewan.
- Perang sorak! Beberapa minit sebelum acara live bermula, kumpulan peminat-peminat Aaron Aziz, Adi Putra, Shila Amzah dan Shaheizy Sam, masing-masing berlawan sorak antara satu sama lain. Stadium mula ‘panas’.
- 10 minit pertama (acara bersiaran), ramai yang tertanya-tanya kerana visual tidak dipaparkan di skrin yang berada di sebelah kiri pentas. Namun selepas tamat persembahan pembukaan, barulah terpaparnya visual di skrin tersebut sehingga akhir siaran.
- Fara Fauzana dan Zizan diberi kepercayaan sebagai hos dan mengendalikan ABPBH tahun ini. Namun kemunculan Johan boleh dikata sangat menjadi penyelamat juga menggamatkan lagi keadaan. Dengan lawak spontannya dan aksi parodinya buat suasana tambah happening. Selain itu, buat pertama kalinya Johan memperkenalkan anak-anaknya secara live kepada umum.
- Mewakili pihak penganjur, Fara dan Zizan mengumumkan jumlah sumbangan yang terkumpul untuk tabung wira Lahad Datu sebanyak RM4.2 juta. Sejurus itu sekalian yang ada diminta sama-sama mensedekahkan Al-Fatihah dan bertafakur sekitar sebagai menghormati mangsa dalam kejadian pencerobohan di Lahad Datu yang berlaku sejak beberapa minggu lalu.
- Sebagai bukti mereka tidak bergaduh lagi, Anzalna dan Neelofa tampil bergandingan untuk menyampaikan trofi. Ini merupakan kali pertama dua bintang yang lahir dari program Dewi Remaja ini muncul bersama-sama di hadapan umum dalam acara secara langsung.
- Sebagai bukti mereka tidak bergaduh lagi, Anzalna dan Neelofa tampil bergandingan untuk menyampaikan trofi. Ini merupakan kali pertama dua bintang yang lahir dari program Dewi Remaja ini muncul bersama-sama di hadapan umum dalam acara secara langsung.
- “Saya Tak vote Diri Sendiri”, itu kata Nabila dalam ucapannya ringkasnya semasa naik ke pentas untuk mengambil trofi anugerah Pelakon Wanita TV Terbaik.
- Sewaktu Black memberi ucapan ringkas atas kemenangannya (bersama Malique) bagi kategori Duo/Berkumpulan popular, penyanyi itu sempat lagi menyanti sebaris dua lagu Teman Pengganti. Ini kerana model dalam klip video klip tersebut ialah Anzalna dan kebetulan aktres itu yang menyampaikan trofi.
- Fara fauzana dalam ucapan ringkasnya sempat memberitahu, kemenangannya malam ini dihadiahkan kepada ibu bapanya kerana malam ini juga adalah hari ulang tahun perkahwinan ibu bapanya. Fara juga ada berjanji mahu belanja peminat-peminatnya pada 14 April ini.
Mendendangkan lagu berjudul Wanita, persenbahan band Projek Pistol di serikan lagi dengan pertunjukkan catwalk barisan wanita cantik termasuklah selebriti Wawa Zainal, Didie Alias dan Enot.
-Sewaktu naik ke pentas dan mengambil trofi Penyampai Radio Lelaki Terbaik, Faizal Ismail sempat mengumumkan yang kemenangannya adalah sebagai rezeki anak kerana isterinya kini hamil empat bulan. Sebelum mengumumkan penyampai bagi kategori Penyanyi Wanita Popular, Johan sempat lagi mengajuk kelakuan penyanyi Shila Amzah dengan parodi spontan babak video lagu Ombak Rindu sepertimana yang pernah dimuatkan Shila di laman Youtube, khas untuk kedua ibu bapanya.
- Sewaktu mahu naik ke pentas, Yana Samsuddin hampir terjatuh apabila kain gaun labuhnya tersangkut sewaktu dia sedang menaiki tangga.
-Johan mengundang gelak tahap pecah perut buat seluruh penonton yang ada di stadium (dan tentu juga bagi penonton di rumah) apabila dia tampil dengan persembahan parodi lagu Sayang (nyanyian asal Shae)
.
Sewaktu naik ke pentas untuk mengambil trofi Bintang Paling Popular, Shaheizy memanggil nama ibunya dan meminta ibunya supaya berdiri.
- Acara tamat pada jam 12 malam. Dan ramai sebahagian artis mengambil peluang untuk ke post-party, sebahagian lagi pulag ke rumah- Malaysiandigest.com
0 komentar:
Posting Komentar