24 Okt 2013 myMetro
Kandahar: Sepasang kekasih muda ditemui mati dengan kepala masing-masing dipenggal, dipercayai kerana terbabit hubungan sulit.
Polis masih menyiasat sama ada keluarga wanita berkenaan terbabit dalam pembunuhan yang berlaku di wilayah Helmand itu.
Helmand terletak di selatan Afghanistan dan undang-undang rasmi tidak dikuatkuasakan, selain menjadi kubu Taliban. Abang lelaki yang dibunuh itu berkata, pasangan kekasih terbabit berlindung di rumahnya baru-baru ini selepas si wanita berusia 20-an melarikan diri dari rumah.
Isnin lalu, 10 lelaki memecah masuk rumah mereka yang terletak berhampiran Lashkar Gah dan menculik pasangan terbabit.
Pegawai polis tempatan, Mohammad Ismail Hotak berkata, sehari kemudian orang ramai menemui dua mayat di tanah perkuburan.
“Polis pergi ke situ untuk menyiasat dan menemui pasangan terbabit dalam keadaan kepala mereka terputus,” katanya. Berdasarkan siasatan, katanya, pemuda yang dibunuh itu bercadang mengahwini kekasihnya tetapi tidak mendapat restu keluarga. - AFP
0 komentar:
Posting Komentar