Rabu, 25 Desember 2013

Kejar suami orang wanita ini kena bayar gantirugi

Posted by Unknown on 10.45 in , , , , , , , | No comments

30 Oktober 2013 
GABORONE  - Seorang wanita diperintahkan untuk membayar  4,412 poundsterling   sebagai gantirugi kepada isteri dari kekasihnya yang telah berkahwin.

Naledi Mogae, seorang pengurus kewangan, menuntun gantirugi melalui saman terhadap Kemiso Dijokota di sebuah mahkamah Botswana kerana aktif mengejar suaminya ketika Mogae keluar untuk urusan pejabat. Mogae, yang bekerja pada sebuah badan amal Kristian dan sering terpaksa keluar ke berbagai lokasi di Afrika   selatan, menyatakan bahawa Dijokota akan mulai dan bertindak sebagai isteri ketika dirinya tidak ada di rumah, laporan harian The Voice di Botswana.

Mogae lalu menempatkan sejumlah kamera tersembunyi kamar tidurnya dan kamar tidur suaminya, Kenneth Mogae, untuk menangkap perselingkuhan sang suami.

Presiden Mahkamah Adat Donga, Tebogo Stephen, menggambarkan bukti itu sebagai tak bercela dan tak boleh dibantah .
Pada mulanya Mogae meminta gantirugi sebanyak 80,000 pula ((5,883
poundsterling) tetapi mahkamah menetapkan cuma 60,000 pula ( 4,412
poundsterling)

Dijokota awalnya menyatakan tidak bersalah kerana merosak perkahwinan kekasihnya ketika Mogae mengatakan bahawa wanita itu dan suaminya telah menghancurkan perkahwinan mereka.

 Jika pekerja stesyen pengisian bahan bakar minyak berusia 26 tahun dari Francistown itu gagal membayar hutang tersebut maka harta miliknya akan disita dan dijual sehingga Mogae peroleh bayaran. 

Dijokota diperentahkan membayar ansuran sebanyak  500 pula ( 36.80 poundsterling) sebulan sehingga selesai
 
Mogae gembira  dengan keputusan itu. Ia mengatakan, dia berharap keputusan atas kes itu dapat mencegah wanita lain mengejar" para lelaki beristeri.

Ada pun suami Mogae, kata The Voice, menolak untuk berkomentar terkait kes itu. Tidak jelas apakah pasangan itu berhasil menyelamatkan perkahwinan mereka.
Sumber : Daily Mail
 

0 komentar:

Posting Komentar