KOTA BHARU, 27 DIS 2012: Bapa kandung kepada Leuniey Natasha, Jaafar Mohamad, 52, hari ini mengesahkan bahawa dia tidak akan hadir ke majlis pernikahan anaknya itu bersama penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex.
Perkara ini diberitahu sendiri oleh pengurus kepada Apex yang menemani Leuniey dan sepupunya ke rumah Jaafar semalam untuk menyerahkan kad jemputan perkahwinan.
Kehadiran Leuniey disambut Jaafar dan isterinya bersama adik kandung Leuniey yang tinggal dengan keluarga bapanya itu.
Jaafar kemudiannya memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke majlis itu kerana dia ada alasannya tersendiri namun mendoakan kebahagiaan Leuniey dan bakal suami selain berharap majlis pernikahan itu dapat berjalan dengan lancar.
Dalam pada itu, Leuniey menjelaskan dia tidak menyalahkan Jaafar yang telah membuat kenyataan kepada media semalam kerana dia faham akan situasi bapa kandungnya itu. Dan sebagai anak, dia memang berharapkan kehadiran bapa kandung pada majlis paling bersejarah dalam hidupnya itu nanti.
Leuniey juga turut menjemput ibu tiri dan adik kandungnya ke majlis itu namun mereka berdua berkata mereka hanya akan hadir sekiranya Jaafar turut hadir ke majlis berkenaan.
Sementara itu, keluarga Leuniey yang diwakili oleh bapa tirinya, Nazri berkata mereka sekeluarga sememangnya mengalu-alukan kedatangan Jaafar dengan pintu yang terbuka dan berharap kehadiran Jaafar dapat menyerikan lagi majlis pernikahan Leuniey dan Apex.
sumber
0 komentar:
Posting Komentar