PETALING JAYA: Rahsia seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang lima hari tidak ke sekolah terbongkar selepas ditemui mati dalam percubaan keluarganya untuk membunuh diri bersama, di Sri Manja Square 1, di sini, hari ini.
Difahamkan, ibu bapa mangsa sudah merancang cubaan bunuh diri itu yang dilakukan dengan cara membakar arang dalam bilik ketika mereka tidur namun tidak berjaya.
Selepas percubaan pertama gagal mereka melakukan perkara sama pada malam berikutnya.
Ketua Polis Petaling Jaya, Arjunaidi Mohamed berkata, dalam cubaan pertama pada malam 11 September lalu, ibu bapa mangsa membeli arang dan membakarnya dalam bilik utama rumah berkenaan ketika mereka hendak tidur.
“Percubaan itu tidak berjaya. Kemudian percubaan kedua dilakukan pada keesokan hari dan hanya anak perempuannya saja yang maut. Keluarga ini menyembunyikan perkara ini," katanya. - Sinar Harian
0 komentar:
Posting Komentar