Tampilkan postingan dengan label sahkan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sahkan. Tampilkan semua postingan

Senin, 17 Februari 2014

Kahwin Apex Bapa Leuniey Sahkan Tidak Akan Hadir


KOTA BHARU, 27 DIS 2012: Bapa kandung kepada Leuniey Natasha, Jaafar Mohamad, 52, hari ini mengesahkan bahawa dia tidak akan hadir ke majlis pernikahan anaknya itu bersama penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex.

Kahwin Apex: Bapa Leuniey Sahkan Tidak Akan Hadir

Perkara ini diberitahu sendiri oleh pengurus kepada Apex yang menemani Leuniey dan sepupunya ke rumah Jaafar semalam untuk menyerahkan kad jemputan perkahwinan.

Kehadiran Leuniey disambut Jaafar dan isterinya bersama adik kandung Leuniey yang tinggal dengan keluarga bapanya itu.

Jaafar kemudiannya memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke majlis itu kerana dia ada alasannya tersendiri namun mendoakan kebahagiaan Leuniey dan bakal suami selain berharap majlis pernikahan itu dapat berjalan dengan lancar.

Menerusi temubual dengan pengurus Apex juga, Leuniey berkata keputusannya untuk menyerahkan kad jemputan perkahwinan bukanlah disebabkan kenyataan media semalam yang melaporkan Jaafar tidak dijemput sebaliknya ia disebabkan oleh Leuniey sendiri yang berjanji untuk menyerahkan kad jemputan tersebut kepada bapanya.

Dalam pada itu, Leuniey menjelaskan dia tidak menyalahkan Jaafar yang telah membuat kenyataan kepada media semalam kerana dia faham akan situasi bapa kandungnya itu. Dan sebagai anak, dia memang berharapkan kehadiran bapa kandung pada majlis paling bersejarah dalam hidupnya itu nanti.

Leuniey juga turut menjemput ibu tiri dan adik kandungnya ke majlis itu namun mereka berdua berkata mereka hanya akan hadir sekiranya Jaafar turut hadir ke majlis berkenaan.

Sementara itu, keluarga Leuniey yang diwakili oleh bapa tirinya, Nazri berkata mereka sekeluarga sememangnya mengalu-alukan kedatangan Jaafar dengan pintu yang terbuka dan berharap kehadiran Jaafar dapat menyerikan lagi majlis pernikahan Leuniey dan Apex.

sumber

Senin, 30 Desember 2013

Ibu Diana Danielle Sahkan Anaknya Sudah Bersalin

Ibu Diana Danielle

Adakah benar pelakon yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Australia, Diana Danielle sudah selamat bersalin anak sulungnya di sana?
Sebelum ini suaminya, aktor Farid Kamil menerusi video Keek memberikan kenyataan bahawa isterinya dijangka bersalin pada 15 Julai depan dan menafikan khabar angin mengatakan isterinya sudah selamat bersalin anak mereka.
Namun, menerusi laporan Berita Harian semalam ada menyebut khabar angin yang mengatakan ibu Diana sendiri, Norsiah Ramli telah mengesahkan anak perempuan tunggalnya itu telah pun selamat bersalin.
“Khabarnya, ibu Diana Danielle, Norsiah Ramli pernah mengesahkan kepada teman baiknya seorang VIP, anaknya itu sudah selamat bersalin, sedangkan Farid Kamil menafikannya,” memetik laporan Berita Harian Semalam.
Hmm, mana satu yang betul ni? Kalau betul pun sudah bersalin kenapa mesti disorokkan benda baik tu kan?
Kita tunggu dan lihat je nanti penjelasan daripada pasangan pelakon popular ini kelak.
Untuk makluman semua, Farid dan Diana telah diijabkabulkan pada 3 November tahun lalu di Hotel Flamingo, Ampang.
Oleh: AUDREY LEE