Tampilkan postingan dengan label kes. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kes. Tampilkan semua postingan

Rabu, 19 Februari 2014

Kes Tembak Ke 2 Hari Ini Apa Sudah Jadi

Dungun: “Saya menjerit sebaik melihat darah membasahi badan suami,” kata Nor Zuedawati Umar, 25, apabila melihat suaminya terbaring tidak bernyawa selepas dipercayai ditembak penjenayah di tempat letak kereta berhadapan Restoran Nasi Kukus Paka 3, Jalan Besar, dekat Kampung Cacar, Paka, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditembak selepas bergelut dengan suspek yang disyaki mahu mencuri pacuan empat roda Toyota Hilux milik mangsa, jam 4.30 pagi.

Dalam kejadian sama, wang RM10,000 tinjauan jualan lima cawangan restoran milik mangsa serta kenderaan berkenaan turut dilarikan.

Ketika kejadian, mangsa yang juga pemilik restoran berkenaan dalam perjalanan dari kedainya untuk memasukkan wang tinjauan jualan ke bank sebelum didatangi suspek dan berlaku pergelutan.

ANGGOTA polis mengangkat jenazah mangsa untuk dihantar ke hospital.


Nor Zuedawati berkata, dia hanya mengetahui kejadian menimpa suami selepas dimaklumkan adiknya, Mohd Zulropia, 21, yang pulang ke kedai jam 7.30 pagi.


“Ketika itu, saya berada di tingkat atas restoran sebelum terdengar adik menjerit memanggil nama saya dan memaklumkan suami cedera dipercayai akibat ditembak.

“Sebaik turun, saya terkejut melihat keadaan suami berlumuran darah dengan beberapa kesan cedera di dada.

“Saya berada di tingkat atas dan tidak mendengar pergelutan atau bunyi bising yang berlaku antara suami dan suspek sehingga dimaklumkan adik,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, menjadi kebiasaan suaminya keluar rumah pada jam 4.30 pagi untuk memasukkan wang tinjauan jualan perniagaan sebelum ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Subuh.

Katanya, kejadian itu mengejutkan mereka sekeluarga dan tidak menyangka penjenayah bertindak kejam hingga membunuh suaminya.

“Isteri mana tidak sedih melihat keadaan suami yang lengkap berpakaian baju kemeja, kain pelekat dan berkopiah dalam keadaan tertiarap serta tidak bernyawa.

“Walaupun pemergian arwah begitu mengejut, namun saya reda dengan kejadian menimpa suami,” kata ibu kepada dua anak lelaki berusia empat bulan dan empat tahun itu.

Ditanya mengenai perubahan pelik suaminya, Nor Zuedawati berkata, arwah suaminya tidak menunjukkan perubahan pelik, malah dia dan suami sempat berbual dan bergurau sebelum masuk tidur jam 1 pagi.

Senin, 10 Februari 2014

Nak sangat hiburan Terimalah padahnya Kes Nanya !

Penis Abdul Muhyi dipotong
Nasib tragis terpaksa diterima oleh  Abdul Muhyi,  bukannya mendapatkan keseronokan ketika pergi cari hiburan malah penis Abdul Muhyi  dipotong oleh teman kencannya sendiri ketika berada didalam kamar.

Penis merupakan alat fital paling berharga yang dimiliki lelaki sebab penis merupakan kejantanan lelaki lalu apa jadinya jika penis harus terpotong apa lagi yang memotong adalah teman kencan sendiri.

Nah inilah yang dialami oleh  Abdul Muhyi  seorang lelaki yang menurut ibunya merupakan anak yang taat beribadah dan seorang guru ngaji.

Ketika dia pergi keluar untuk mencari hiburan ternyata dia tidak mendapatkan hiburan yang dicari melainkan satu mala petaka besar yang  Abdul Muhyi  dapatkan kerana penisnya terpotong.

Kejadian ini terjadi ketika Isnin malam (13/5), Abdul berkeliling di Jalan Jalur Gas, dekat Kampus Universiti Pamulang (Unpam) di kawasan Pamulang, Tangerang Selatan. Di lokasi ini memang banyak PSK dan pondan berkeliaran. Setelah mendapat pasangan kencan, entah apa yang terjadi, Abdul terbangun sekitar pukul 04.00 WIB dengan kelamin nyaris putus. Menurut pengakuannya, kelaminnya dipotong menggunakan benda tajam.

Mengetahui kelaminnya nyaris putus Abdul sempat pergi kepuskesmas terdekat dengan mengunakan motor untuk mendapatkan pertolongan pertama sebelum akhirnya dirujuk kerumah sakit.

Setelah sampai dirumah sakit doktor yang menangani  Abdul Muhyi segera melakukan operasi untuk menyambung penis  Abdul Muhyi yang hampir terputus, namun doktor ternyata tidak dapat menyambung penis  Abdul Muhyi kerana telah lewat dari 8 jam sehingga amputasi merupakan jalan satu satunya.

Selain potong penis  Abdul Muhyi ternyata teman kencanya ini juga mencuri telepon BlackBerry dan dompet.
Abdul Muhyi pun harus merelakan   penisnya harus hilang dan merelakan masa depannya tanpa penis.
sumber:palingseru

Kamis, 26 Desember 2013

PKR dedah dakwaan penipuan kes undi awal


  • Zulaikha Zulkifli
  • Malaysiakini  Mei 29 2013
PKR hari ini mendedahkan dua laporan polis berhubung dakwaan penipuan yang berlaku semasa proses pengundian awal bagi pilihan raya umum ke-13 yang lalu.
Pengarah strateginya, Rafizi Ramli berkata, salah satu laporan berkenaan adalah mengenai kejadian di Melaka, berhubung tindakan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa mengira kertas undi sebelum masa yang ditetapkan.

Laporan kedua adalah berhubung kejadian peti undi yang didakwa lewat tiba di satu pusat pengiraan undi di Gerik, Perak sehingga menyebabkan kiraan undi tersebut ditolak.

"Wujud perkara yang meragukan dalam undi awal apabila tidak sampai 8 peratus pun dalam kebanyakan keputusan pilihan raya yang tidak berpihak kepada Pakatan.

"Jadi dalam keadaan kita ada 250,000 undi awal, hari ini kita tampilkan perkara yang meragukan seperti ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Dalam kejadian di Melaka itu, ejen pusat mengundi PKR Abu Hussin Tamby mendakwa melihat antara tujuh hingga lapan orang individu yang memakai baju seragam SPR sedang mengira kertas undi di satu lokap polis.

Dakwanya, peti undi bagi pengundian awal tersebut dibawa dari pusat pengundian awal di balai polis Lubok China ke lokap di ibu pejabat polis daerah Alor Gajah pada 30 April lalu.

Sedangkan, peraturan SPR menetapkan agar kertas undi awal tersebut dikira dan peti undi tersebut dimaterai di tempat pengundian awal lagi, katanya dalam laporan polis bertarikh 2 Mei.

"Selepas selesai mengiringi untuk menyimpan peti undi awal di dalam lokap saya sempat lagi melihat petugas-petugas yang memakai baju SPR sedang mengira kertas-kertas undi," kata Abu Hussin, 42 dalam laporannya.

Dalam kejadian di Gerik, Perak pula, ejen tempat mengundi parti tersebut Shairi Md Tajuddin dalam laporannya mendakwa karung undi pos dari satu pusat pengundian di Pengkalan Hulu tidak sampai ke tempat pengiraan undi dalam masa yang ditetapkan pada hari pengundian 5 Mei.

Beliau menyalahkan SPR atas kelewatan perkara berkenaan, yang didakwa menyebabkan undi awal berkenaan ditolak, kata Shairi, 48, dalam laporan bertarikh 15 Mei itu.

“Saya beranggapan ini adalah salah laku yang disengajakan oleh pihak SPR bagi tujuan penyelewengan undi bagi memberi kemenangan kepada Umno/BN di parlimen Gerik dan DUN Pengkalan Hulu,” katanya dalam laporan tersebut.